Dasar era Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan telah
melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) bermula pada tahun
1971 dan tamat pada tahun 1990.Program jangka pendek dijalankan iaitu,Rancangan
Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Rancangan
Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia kelima (1986-1990).
Seterusnya,pelancaran Rangka Rancangan Jangka
Panjang Kedua (RRJP2) pada tahun 1991.Program ini meliputi Rancangan Malaysia
Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000).Tempoh
pelaksanaan RRJP2 berakhir pada tahun 2000.
Pada April 2001,Rangka Rancangan Jangka Panjang
Ketiga (RRJP3) pada Malaysia Kelapan (2001-2005) dan rancangan Malaysia
Kesembilan (2006-2010).Usaha negara untuk mencapai wawasan 2020 yang dimulakan
pada tahun 1991 dan Kerajaan dan memperkenalkan Dasar Wawasan Negara.
RRJP3 memberi tumpuan kepada beberapa teras dan
dasar yang strategik:
1.Membina
Bangsa yang berdaya tahan
2.Menggalakkan Perwujudan Masyarakat yang saksama
3.Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
4.Menghadapi
persaingan antarabangsa
5.Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuaan
6.Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia
7.Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar yang mampan
RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)
Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) telah
dilancarkan di bawah suatu perancangan pelaburan sektor awam yang
bersepadu.Matlamatnya adalah untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi
penekanan kepada sektor luar bandar.DUA agensi kerajaan,iaitu Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1956.
RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)
Rancangan Malaya Kedua dilancarkan dengan beberapa
kemajuaan.Pertama, rancangan ini disediakan dan jawatankuasa antara jabatan
dengan bantuan sebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia.
Kedua,Rancangan ini menggunakan dua kaedah, iaitu
peracangan dari atas ke bawah dan perancangan dari bawah ke atas.
Ketiga,kajian menyeluruh dilaksanakan ke atas
perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun seterusnya.
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)
Memberi tumpuan kepada tenaga manusia dan program
keatas setiap sektor ekonomi.RMP juga memberi penekanan ke atas integrase
antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Seterusnya, kerajaan
menubuhkan beberapa agensi iaitu Lembaga Kerajaan Perindustriaan Malaysia(MIDA)
,Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera,Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS)
dan Lembaga Penasihat Tarif.Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaan
kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan mantap.
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)
Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk mengatasi
sosioekonomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik dengan
kawasan-kawasan.Dasar Ekonomi Baru(DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan
rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan
memulih ekonomi yang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi.Kerajaan memberi tumpuan kepada sektor awam,terutama dalam
bidang perdagangan dan perindustrian.Petroleum Nasional Berhad(PETRONAS)
ditubuhkan pada tahun 1974.Dalam tempoh RMK2,Keluaran Dalam Negeri Kasar(KPDNK)
telah bertambah 7.4% berpunca daripada sektor yang berikut
(a)pertanian-25%
(b)pembuatan(19.3%)
(c)perdagangan(14.4%)
(d)perkhidmatan(10.15%)
RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang
mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan
orang-orang melayu.Namun begitu,RMP dilihat kurang Berjaya mengatasi isu
kemiskinan ini,sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala
Lumpur.Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai
berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang melayu di
dalam ekonomi.Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan
semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)
Rancangan Malaysia Ketiga dilancarkan dengan memperkenalkan
Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama(1971-1990).RMK3 ini merupakan peringkat
kedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru(DEB).Pembangunan sektor pertanian dan
perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan,produktiviti dan
peluang pekerjaan.
Mengikut Malaysia Kita(2014),dalam tempoh pelaksanaan
DEB,ekonomi Malaysia berkembang pada keluaran KDNK dengan kadar purata 7.8%
walaupun sasaran yang ditetapkan adalah sebanyak 8% setahun.RMK3 masih memberi
tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai salah satu cara untuk
merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk bandar.Rancangan
ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah dipergiatkan
antaranya KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.
Bandar-bandar baru ini dibina
menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapat sebanyak 28
buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah.RMK3 berjaya
meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun.Keluaran dalam
negara kasar(KDNK) juga telah meningkat daripada RM 12.308 billion pada tahun
1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980.Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada
5.3%.Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal dan kemahiran telah
bertambah.Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar
bandar jatuh kepada 38%
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)
Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika suasana
ekonomi negara dan dunia dilanda kemelesetan.Malaysia mengalami kemerosotan dalam
pembayaran gaji,kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport dalam sektor
komoditi,kelembapan sektor swasta dan kadar pengangguran yang semakin
meningkat.Kerajaan mewujudkan dasar dan strategi baharu seperti mengadakan
sistem mini estet pertanian,koperasi dan strategi pembangunan luar
bandar.Program yang diperkenalkan ini sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan
Dasar Halacara Baru bagi membangunkan kawasan kampung dan luar
bandar.
Berdasarkan data yang diperoleh daripada Malaysia Kita(2014),keluaran
KDNK berkembang pada kadar purata 5.8%.Namun begitu,kadar ini lebih merosot
kerana berlaku kelembapan ekonomi dalam sektor pembuatan dan
perlombongan.Pertanian diberi tumpuan untuk meningkatkan lagi daya
pengeluarannya.Dasar Pertanian Negara(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1984
bermatlamat memaksimumkan pendapatan daripada pertanian dan mempergiatkan
semula sumbangan sektor itu kepada pembangunan ekonomi negara
keseluruhannya.
Rancangan-rancangan DPN meliputi pembukaan tanah-tanah baru
,pemulihan serta penyatuan kebun-kebun kecil,penanaman semula,pembangunan
pertanian secara bersepadu dan pembinaan kemudahan pengairan.
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)
Rancangan Malaysia Kelima dilancarkan dalam kedudukan
ekonomi yang masih meleset.Pelaksanaan rancangannya berasaskan pertumbuhan yang
lebih rendah.Teras pembangunan RMK5 ini ialah perpaduan negara dan mencapai
objektif(DEB).Peranan RMK5 ialah meningkatkan sektor swasta menersi kelonggaran
peraturan dan kawalan dari segi hak milik syarikat perlesenan dan kegiatan
ekonomi. RMK5 ini menggiatkan semula sektor pertanian dengan melonggarkan
syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara lading. Penggunaan tanah
lombong bagi aktiviti pertanian dan mengusahakan tanah terbiar dengan
,mengusahakan dengan tanaman yang sesuai.
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995)
Dibentangkan
di Parlimen pada 10 Julai 1991 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang merangkumi Dasar Pembangunan Negara
. Cabaran RMK6 adalah untuk mengekalkan proses pertumbuhan yang dinikmati oleh
negara selepas kemelesetan ekonomi .
Antara strategi bagi mencapai RMK6 adalah seperti
meningkatkan daya kecekapan dan daya saing ekonomi . Selain itu , menggalakkan
sektor swasta supaya memainkan peranan utama dalam pembangunan , mengurangkan
penglibatan sektor awam dan menjamin pertumbuhan ekonomi stabil . Seterusnya
ialah mengekalkan dasar yang bebas dan longgar bagi iklim pelaburan yang baik ,
memajukan program pembangunan industri dan pembangunan teknologi canggih bagi
meningkatkan produktiviti bermutu tinggi serta mengukuhkan pasaran modal dan
kewangan bagi meninngkatkan tabungan negeri .
Teras
utama RMK6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan
menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih
seimbang . Penekanan kepada ‘pembangunan seimbangan’ adalah berdasarkan kepada
kesedaran bahawa sungguhpun terdapat kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang luas .
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1996-2000)
Rancangan Malaysia Ketujuh masih berlandaskan
konsep pembangunan seimbang dengan mengandungi strategi – strategi baharu yang
menjadi peralihan daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan untuk
pertumbuhan produktiviti . Strategi lain ialah peralihan kepada pengeluaran
berskala besar bagi eksport oleh industri – industri Malaysia . Strategi
seterusnya ialah memperluaskan dan memperkaya asas sains dan teknologi .
Tumpuan dan penekanan diberikan kepada sektor
swasta yang menunjukkan prestasi dan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan
negara . Hasrat dan aspirasi Kerajaan untuk mencapai status negara maju
menjelang 2020 dan pelaksanaan projek – projek pembangunan negara .
RMK7 juga
menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah bidang latihan dan
pendidikan . Rancangan ekonomi terjejas akibat krisis kewangan yang bermula
pada Julai 1997 dan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mempastikan
ekonomi negara , juga kestabilan negara tidak terus terjejas seperti penubuhan
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7Julai 1998 dan Pelan Pemulihan
Ekonomi Negara (PPEN) pada 23Julai 1998 .
RANCANGAN
MALAYSIA KELAPAN (
2001 – 2005 )
Merupakan fasa
pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang
meliputi tempoh 2001 – 2010 . Ekonomi Malaysia menghadapi cabaran yang besar
kesan peningkatan globalisasi , liberalisasi dan kemajuan pesat dalam teknologi
terutamanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam tempoh RMK8 tersebut
.
Dasar dan strategi RMK8 ialah memberikan
tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mampan dengan berdaya tahan . Tumpuan utama
adalah pada inisiatif sektor swasta dan sektor awam bagi menyediakan rangka
dasar yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti .
Teras pembangunan Rancangan Malaysia Kelapan
ialah pengekalan kestabilan ekonomi makro , pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat serta pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti
.
Seterusnya ialah
peningkatan daya saing sektor utama , perluasan penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi , peningkatan pembangunan sumber manusia , pencapaian
pembangunan mampan dan juga peningkatan kualiti hidup . Di samping itu ialah
penanganan isu social dan yang terakhir ialah pengukuhan nilai moral dan etika
.
RMK8 turut
memperkenalkan Dasar Wawasan Negara (DWN) yang menggabungkan teras kritikal
dasar pembangunan yang lepas , iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar
Pembanguna Nasional (DPN) dengan objektif utama untuk mencapai perpaduan nasional
.
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010)
Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan rancangan
pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006 – 2010 dan telah diumumkan setelah
Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama sejak Wawasan 2020 diumumkan oleh Tun
Dr. Mahathir Mohamad .
RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara kearah
kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi
persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan krisis kewangan dan
kenaikan harga minyak .
Rancangan Malaysia Kesembilan ini mempunyai lima
teras utama iaitu meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi ,
meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas
pertama . Selain itu , meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup di
samping mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan . Dan yang terakhir
ialah menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara
membina dan produktif .
RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011-2015)
Rancangan Malaysia kesembilan (RMK10)
disediakan dengan mencartakan perjalanan pembanguan Negara kearah mencapai
wawasan 2020.
Negara memerlukan model ekonomi yang
baharu untuk terus maju dan menyertai kumpulan Negara berpendapatan tinggi. idea
utama RMK10 adalah seperti yang berikut:
·
Ekonomi dipacu oleh
factor dalam negeri di samping mengambil ira persekitaran luar Negara
·
Memanfaatkan kepelbagaian
etnik untu mencapa kejayaan di arena antarabangsa
·
Transformasi kea rah
Negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan
·
Menjayakan pertumbuhan
yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi
·
Memupuk,menarik dan
mengekalkan modal insan yang cemerlang
·
Memastian peluang sama
rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas
·
Pertumbuhan bertumpu,
pembangunan inklusif
·
Menyokong khazanah alam
sekitar
·
Menghargai khazanah alam
sekitar
·
Kerjaan umpama syarikat
yang berdaya saing
Sektor awam perlu ditranformasikan supaya
dapat betindak balas secara berkesan kepada persekitaran global yag pesat
berubah. Reformasi sektor awam akan berorentasikan pelanggan dengan sistem
penyampaian dan hubungan ditambah baik dan tertumpu kepada rakyat dan
perniagaan.
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada
peranan sebagai pemudah cara dalam menyediakan persekitaran yang sesuai untuk
sektor swasta melalui dasar dan peaturan yang efektif. Selain itu, peralihan
dalam perbelanjaan sector awam daripada infrastruktur fizika kepada bukan
fizikal terutamanya dalam program peningkatan kemahiran R&D, pembiayaan modal
teroka dan memboleh inovasi yang lain.
RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2016-2020)
Rancangan
Malaysia kesebelas telah
dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri ,Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd.
Najib bin Tun Abdul Razak di parlimen pada 21 Mei 2015.RMK11 amat penting
kerana dilihat menjadi transformasi terakhir dalam matlamat untuk menjadi
Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju dan berpendatan tinggi menjelang 2020.
Di bawah Transformasi Nasional ,enam
program telah dirancang dan akan di laksanakan :
·
Program Transformasi
Kerajaan
·
Program Transformasi Ekonomi
·
Program Transformasi
Politik
·
Program Transformasi
Komuniti
·
Program Transformasi
Sosial
·
Program Transformasi
Fiskal
Pertama
|
Nilai
KDNK,sebanyak RM71.1 pada tahun 1970 telah meningkat kepada RM 1.1 trillion
pada tahun 2014.Malaysia Berjaya mencatat purata kadar 6.2 peratus pada tahun
sejak lima dekad lalu.
|
Kedua
|
Sruktur
ekonomi beralih sebuah negara dominan sector pertanian,sumbangan31.8 peratus
kepada sebuah negara berasaskan pembuatan dan perkhidmatan pada kadar 76.5
peratus.
|
Ketiga
|
Pendapatan
bulanan purata isi rumah juga meningkat 20 kali ganda.
|
Keempat
|
76.1
peratus daripada isi rumah sudah memiliki kediaman.Bagi isi rumah miskin
pula,75.3 peratus Berjaya mempunyai rumah sendiri.
|
Kelima
|
Sehingga
kini,95.1 peratus daripada penduduk di seluruh Negara mendapat akses bekalan
air bersih dan 97.6 peratus pula mendapat bekalan elektrik.
|
Keenam
|
Pada
tahun 1970 hanya 75 peratus penduduk yang boleh membaca dan menulis tetapi
hari ini kadar literasi telah meningkat kepada 98 peratus.
|
Ketujuh
|
Sebanyak
27 peratus daripada tenaga buruh kini mempunyani pendidikan tertiar, iaitu
meningkat empat kali ganda berbanding dengan enam peratus pada tahun 1980
ketika penghujung Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK3)
|
Kelapan
|
Kadar
pengganguran telah menurun daripada 7.4 peratus pada tahun 1970 kepada hanya
2.9 peratus pada tahun 2011
|
Kesembilan
|
Hak
milik ekuiti bumiputera dalam setor korporat meningkat sebanyak 10 kali ganda
iaitu daripada 2.4 peratus pada tahun 1970 kpada 23.5 peratus pada tahun 2011
|
Kesepuluh
|
Kadar
kemiskinan bekurang daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada hanya 0.6
peratus pada tahun 2014
|
assalamualaikum ada tak yang lebih terperinci dan mendalam tentang tajuk ni????
ReplyDeletethanks for the notes !
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteTHANK YOU FOR THE NOTE REALLY HELP.
ReplyDeleteCAN I TAKE IT AS ONE OF MY MATERIAL FOR MY PRESENTATION?
ReplyDelete