Pembangunan merupakan satu proses yang sangat
penting dalam sesebuah negara bagi membolehkan negara tersebut mencapai
kemajuan dari pelbagai aspek kehidupan manusia seperti
ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu,
perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal dan kebendaan. Pembangunan akan
berubah dari masa ke semasa dengan begitu cepat
dan pesat mengikut peredaran zaman.
Pada hari ini, rakyat Malaysia
dapat menikmati kesejahteraan hidup adalah hasil daripada pendekatan
pembangunan negara yang dirancang sejak kemerdekaan dicapai.Secara
keseluruhannya, pembangunan ekonomi yang seimbang menjadi matlamat utama dalam
pengubahan dasar pembangunan ekonomi negara.
Pembangunan yang pesat ini
biasanya lebih kerap berlaku di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur,
Johor Bahru dan Georgetown. Matlamat utama pembangunan negara digubal ialah
supaya rakyat mendapat faedah dan bersama-sama menikmati hasil pembangunan.
Tambahan adalah untuk memberi peluang pekerjaan,kemudahan dan manfaat kepada
tahap sosio ekonomi masyarakat setempat.
No comments:
Post a Comment