Dasar Pembangunan Belia Negara dirancang
untuk melahirkan generasi belia yang berpotensi untuk menyumbang kepada
pembangunan Negara.Selain itu,untuk memastikan keupayaan belia menggembleng
kekuatan,ketahanan pembangunan sosial,ekonomi dan politik Negara.Disamping
itu,untuk mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari
segi rohaniah,akliah dan jasmaniah,bertanggungjawab,berdikari ,bersemangat
sukarela,patriotik serta menjadi penggerak pada kemajuan dan kemakmuran
bangsa,agama dan Negara selaras dengan wawasan 2020.
Beberapa strategi akan dilaksanakan untuk mencapai dasar ini,antaranya
ialah:
1.Pembangunan
ilmu-terdapat berbagai-bagai aspek sebagai tunggak
kepada pembangunan dan kemantapan
generasi belia.
2.Pembentukan
sikap-Selain itu,nilai-nilai murni dan pembentukan
sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.
3.Pembangunan
kemahiran dan keusahawanan-disamping
itu,mempersiapkan belia dengan teknologi terkini,kemahiran teknik dan
vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan
Negara.
4.Pemupukan
gaya hidup sihat-digalakkan menyertai persatuan
atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup sihat ,cergas dan
dinamik.amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang
bertanggungjawab dan berkualiti.
5.Kemudahan
interaksi sosial-mempertingkatkan kemudahan yang
sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat dalam
kalangan belia dan masyarakat.
6.Perkongsian
dalam pembangunan-memanfaatkan perkongsian dan
kerjasama antara agensi kerajaan ,swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk
pembangunan generasi belia.
7.Jaringan
hubungan antarabangsa-menggalakkan generasi belia
meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.
No comments:
Post a Comment