OBJEKTIF DKK
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang
baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan
bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui
Kebudayaan;
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang
tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
Ketiga-tiga objektif DKK dilihat bertimbal balik di antara
satu sama lain kerana melalui perpaduan maka cita-cita menanamkan semangat
kenegaraan, nasionalisme dan nilai-nilai persamaan dapat dipupuk . Pada masa yang
sama dapat melahirkan wajah bangsa Malaysia (Aziz Deraman: 2005). Hal ini
bermakna keperibadian rakyat dan suku kaum di Malaysia ditonjolkan berasaskan
persamaan ciri-ciri budaya yang mengatasi sifat-sifat perkaumaN.
Lambang-lambang seperti YDPA, nilai dan norma yang sama, falsafah RN dan
perlembagaan menjadi kebanggaan dan wadah menjamin wujudnya sebuah kebudayaan
kebangsaan di Malaysia
1. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya
2. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan
3. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
4. Memenuhi keperluan sosiobudaya
5. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Bonuses, Payouts and No Deposit Casino Bonuses
ReplyDeleteAll bonuses and no deposit casino bonuses listed above have 합법 도박 사이트 their own terms and conditions. The first thing 해외 라이브 스코어 you will notice is that the bonuses are 🎁 Bonus: Welcome Bonus🎲 Total Bonus: £30 Free🎁 Deposit tenpro Match: £100 Rating: 3.9 · Review by 벳 365 한글 CasinoSites.infoIs No-Deposit Bonuses legit?What is No-Deposit Bonuses like? 아시안부키