Sunday 31 July 2016

RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN

              Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960). Selepas itu, Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dilaksanakan. Setelah penubuhan Malaysia pada 1963,Rancangan Malaya ditukarkan dengan Rancangan Malaysia Pertama(1966-1970).
              Beberapa rancangan pembangunan negara telah berjaya dibuat adalah bertujuan   untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik negara yang telah dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan teruk daripada peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini. Sejak merdeka, sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan.
             Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, pendapatan negara kita adalah rendah dan kadar kemiskinan rakyat adalah sangat tinggi. Tetapi dengan dasar-dasar dan perancangan yang diperkenalkan oleh kerajaan telah mengubah nasib negara kita dari kurang maju ke negara maju di mata dunia.



RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI
             
               Kerajaan bertanggungjawab menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan orang Melayu dan menyeimbangkan pembangunan ekonomi di bandar dan luar bandar, di samping menjaga keselamatan negara. Dasar dan strategi pembangunan negara selepas merdeka ialah menghasilkan menghasilkan pembangunan yang seimbang dalam semua sektor ekonomi supaya perpaduan kaum dan kestabilan politik dapat diwujudkan. Kerajaan perlu mengekalkan dan mempertingkatkan kemajuan negara dan perkembangan ekonomi sebagai suatu tanggungjawab  yang berterusan.

             Rancangan pembangunan negara terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu perancangan pramerdeka, perancangan selepas merdeka dan perancangan era Dasar Ekonomi Baru(DEB).

1.      Perancangan peringkat pertama (zaman pramerdeka) meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan sebahagian daripada Rancanangan Malaya Pertama(1950-1960).
2.      Peringkat kedua, iaitu perancangan selepas merdeka meliputi Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan sebahagian Rancangan Malaysia pertama (1960-1970), iaitu selepas Malaysia ditubuhkan.
3.      Peringkat ketiga , iaitu Rancangan Pembangunan Negara meliputi perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu Rancangan Malaysia kelima        (1986-1990).



No comments:

Post a Comment