Sunday 31 July 2016

DASAR DASAR UTAMA MALAYSIA

Seterusnya, pengubalan dan pelaksanaan dasar-dasar adalah ditentukan dengan selaras nilai-nilai sosioekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Oleh kerana sifatnya yang dinamik, dasar kerajaan berubah-ubah mengikut nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa. Namun begitu, pada asasnya dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan bagi memenuhi objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan, kestabilan dan kesejahteraan umum.

    Bagi Malaysia, dasar-dasar kerajaan ini terutamanya dasar-dasar pembangunan mempunyai objektif tersendiri seperti mencapai matlamat 2020 bagi tujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju dan mempunyai ciri-ciri sempurna. Bukan itu sahaja, kerajaan juga melaksanakan dasar-dasar adalah bertujuan mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang adil.


No comments:

Post a Comment