Sunday 31 July 2016

DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA


Dasar Pembangunan Belia Negara dirancang untuk melahirkan generasi belia yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan Negara.Selain itu,untuk memastikan keupayaan belia menggembleng kekuatan,ketahanan pembangunan sosial,ekonomi dan politik Negara.Disamping itu,untuk mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah,akliah dan jasmaniah,bertanggungjawab,berdikari ,bersemangat sukarela,patriotik serta menjadi penggerak pada kemajuan dan kemakmuran bangsa,agama dan Negara selaras dengan wawasan 2020.

   Beberapa strategi akan dilaksanakan untuk mencapai dasar ini,antaranya ialah:

1.Pembangunan ilmu-terdapat berbagai-bagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan      kemantapan generasi belia.

2.Pembentukan sikap-Selain itu,nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.

3.Pembangunan kemahiran dan keusahawanan-disamping itu,mempersiapkan belia dengan teknologi terkini,kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan Negara.

4.Pemupukan gaya hidup sihat-digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup sihat ,cergas dan dinamik.amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.

5.Kemudahan interaksi sosial-mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat dalam kalangan belia dan masyarakat.

6.Perkongsian dalam pembangunan-memanfaatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan ,swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.


7.Jaringan hubungan antarabangsa-menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.

No comments:

Post a Comment