Sunday 31 July 2016

PELAN INTEGRITI NASIONAL

     Pelan Intergriti Nasional (PIN) digubal dan dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama daripada pelbagai sektor negara dan lapisan masyarakat supaya membudayakan integriti. Tujuan PIN adalah untuk menjadikan integriti sebagai budaya masyarakat, memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara, disamping meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, meningkatkan daya saing dan daya tahan negara dalam usaha menangani cabaran globalisasi.

     Rasional PIN adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia mengikut acuan sendiri menjelang 2020. Fokus terpenting ialah peningkatan dan pemantapan etika serta integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Pembangunan dan pertumbuhan negara yang dicapai setakat ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen nilai-nilai murni, integriti, ketelusan dan akauntabiliti.

     Petunjuk prestasi utama (KPI) digunakan bagi menentukan keberhasilan usaha dan gerakan membudayakan integriti masyarakat Malaysia sebagai Bidang Keberhasilan Utama (Key Result Area – KRA) digariskan. Gabungan dua cara penilaian keberkesanan pelaksanaan strategi dan program agenda integriti digariskan dalam PIN terus dilaksanakan dan diberikan nilai tambah.



     PIN diteruskan pada fasa kedua mulai 2009 dengan memperkenalkan lima tekad integriti, iaitu merangkumi yang berikut:

1     Tekad integriti satu – memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan.
2     Tekad integriti dua – meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam  dan mengatasi karenah birokrasi.
3     Tekad integriti tiga – meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat.
4     Tekad integriti empat – memantapkan institusi keluarga dan komuniti.
5     Tekad integriti lima – meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.


     Faktor-faktor kemerosotan integriti

               Faktor
                               Aspek kemerosotan
Individu
·         Kelemahan Individu
-         Kurang pendidikan
-         Etika kerja lemah
-         Tamak
-         Tidak nampak kelemahan sendiri
-         Tekanan hidup
Budaya
·         Budaya masyarakat yang kurang menitikberatkan integriti
-         Takut membuat laporan
-         Sikap tidak ambil peduli
-         Enggan melaporkan kesalahan
-         Budaya angguk dan ampu
Kepimpinan
·         Kurang berteladan, lemah iltizam
·         Arahan pemimpin yang melanggar prosedur dan peraturan
·         Cakap tak serupa bikin
Sistem dan Prosedur
·         Kurang ketulusan
·         Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan
·         Kurang penguatkuasaan
·         Penguatkuasaan berpilih
·         Kurang pemantauan dan penilaian
·         Keupayaan sumber manusia dan material yang terhad
·         Kerangka undang-undang lapuk dan percanggahan dalam perundangan

No comments:

Post a Comment