Sunday 31 July 2016

PELAN INTEGRITI NASIONAL

     Pelan Intergriti Nasional (PIN) digubal dan dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama daripada pelbagai sektor negara dan lapisan masyarakat supaya membudayakan integriti. Tujuan PIN adalah untuk menjadikan integriti sebagai budaya masyarakat, memperkukuhkan asas moral masyarakat dan negara, disamping meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat, meningkatkan daya saing dan daya tahan negara dalam usaha menangani cabaran globalisasi.

     Rasional PIN adalah untuk melahirkan masyarakat Malaysia mengikut acuan sendiri menjelang 2020. Fokus terpenting ialah peningkatan dan pemantapan etika serta integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat. Pembangunan dan pertumbuhan negara yang dicapai setakat ini banyak didasari oleh pengukuhan elemen nilai-nilai murni, integriti, ketelusan dan akauntabiliti.

     Petunjuk prestasi utama (KPI) digunakan bagi menentukan keberhasilan usaha dan gerakan membudayakan integriti masyarakat Malaysia sebagai Bidang Keberhasilan Utama (Key Result Area – KRA) digariskan. Gabungan dua cara penilaian keberkesanan pelaksanaan strategi dan program agenda integriti digariskan dalam PIN terus dilaksanakan dan diberikan nilai tambah.



     PIN diteruskan pada fasa kedua mulai 2009 dengan memperkenalkan lima tekad integriti, iaitu merangkumi yang berikut:

1     Tekad integriti satu – memerangi gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara menyeluruh dan berkesan.
2     Tekad integriti dua – meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam  dan mengatasi karenah birokrasi.
3     Tekad integriti tiga – meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat.
4     Tekad integriti empat – memantapkan institusi keluarga dan komuniti.
5     Tekad integriti lima – meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.


     Faktor-faktor kemerosotan integriti

               Faktor
                               Aspek kemerosotan
Individu
·         Kelemahan Individu
-         Kurang pendidikan
-         Etika kerja lemah
-         Tamak
-         Tidak nampak kelemahan sendiri
-         Tekanan hidup
Budaya
·         Budaya masyarakat yang kurang menitikberatkan integriti
-         Takut membuat laporan
-         Sikap tidak ambil peduli
-         Enggan melaporkan kesalahan
-         Budaya angguk dan ampu
Kepimpinan
·         Kurang berteladan, lemah iltizam
·         Arahan pemimpin yang melanggar prosedur dan peraturan
·         Cakap tak serupa bikin
Sistem dan Prosedur
·         Kurang ketulusan
·         Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan
·         Kurang penguatkuasaan
·         Penguatkuasaan berpilih
·         Kurang pemantauan dan penilaian
·         Keupayaan sumber manusia dan material yang terhad
·         Kerangka undang-undang lapuk dan percanggahan dalam perundangan

DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA


Dasar Pembangunan Belia Negara dirancang untuk melahirkan generasi belia yang berpotensi untuk menyumbang kepada pembangunan Negara.Selain itu,untuk memastikan keupayaan belia menggembleng kekuatan,ketahanan pembangunan sosial,ekonomi dan politik Negara.Disamping itu,untuk mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah,akliah dan jasmaniah,bertanggungjawab,berdikari ,bersemangat sukarela,patriotik serta menjadi penggerak pada kemajuan dan kemakmuran bangsa,agama dan Negara selaras dengan wawasan 2020.

   Beberapa strategi akan dilaksanakan untuk mencapai dasar ini,antaranya ialah:

1.Pembangunan ilmu-terdapat berbagai-bagai aspek sebagai tunggak kepada pembangunan dan      kemantapan generasi belia.

2.Pembentukan sikap-Selain itu,nilai-nilai murni dan pembentukan sikap yang positif dan kreatif akan dipupuk dalam kalangan belia.

3.Pembangunan kemahiran dan keusahawanan-disamping itu,mempersiapkan belia dengan teknologi terkini,kemahiran teknik dan vokasional serta kegiatan keusahawanan selaras dengan kehendak pembangunan Negara.

4.Pemupukan gaya hidup sihat-digalakkan menyertai persatuan atau aktiviti sukarela yang dapat memupuk gaya hidup sihat ,cergas dan dinamik.amalan ini akan dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan berkualiti.

5.Kemudahan interaksi sosial-mempertingkatkan kemudahan yang sesuai bagi menggalakkan aktiviti dan interaksi sosial yang sihat dalam kalangan belia dan masyarakat.

6.Perkongsian dalam pembangunan-memanfaatkan perkongsian dan kerjasama antara agensi kerajaan ,swasta dan pertubuhan bukan kerajaan untuk pembangunan generasi belia.


7.Jaringan hubungan antarabangsa-menggalakkan generasi belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat antarabangsa.

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN


OBJEKTIF DKK

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Ketiga-tiga objektif DKK dilihat bertimbal balik di antara satu sama lain kerana melalui perpaduan maka cita-cita menanamkan semangat kenegaraan, nasionalisme dan nilai-nilai persamaan dapat dipupuk . Pada masa yang sama dapat melahirkan wajah bangsa Malaysia (Aziz Deraman: 2005). Hal ini bermakna keperibadian rakyat dan suku kaum di Malaysia ditonjolkan berasaskan persamaan ciri-ciri budaya yang mengatasi sifat-sifat perkaumaN. Lambang-lambang seperti YDPA, nilai dan norma yang sama, falsafah RN dan perlembagaan menjadi kebanggaan dan wadah menjamin wujudnya sebuah kebudayaan kebangsaan di Malaysia



 Strategi & Pelaksanaan Objektif DKK


1.     Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya
2.     Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan
3.     Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
4.     Memenuhi keperluan sosiobudaya
5.     Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

DASAR DASAR UTAMA MALAYSIA

Seterusnya, pengubalan dan pelaksanaan dasar-dasar adalah ditentukan dengan selaras nilai-nilai sosioekonomi dan politik negara pada satu-satu masa. Oleh kerana sifatnya yang dinamik, dasar kerajaan berubah-ubah mengikut nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa. Namun begitu, pada asasnya dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan bagi memenuhi objektif sosioekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan pendapatan, kestabilan dan kesejahteraan umum.

    Bagi Malaysia, dasar-dasar kerajaan ini terutamanya dasar-dasar pembangunan mempunyai objektif tersendiri seperti mencapai matlamat 2020 bagi tujuan menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju dan mempunyai ciri-ciri sempurna. Bukan itu sahaja, kerajaan juga melaksanakan dasar-dasar adalah bertujuan mencapai matlamat Dasar Pembangunan Nasional (DPN) serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang adil.


RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) dan RANCANGAN MALAYSIA(RM)


Dasar era Dasar Ekonomi Baru, Kerajaan telah melancarkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) bermula pada tahun 1971 dan tamat pada tahun 1990.Program jangka pendek dijalankan iaitu,Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) dan Rancangan Malaysia kelima (1986-1990).

Seterusnya,pelancaran Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) pada tahun 1991.Program ini meliputi Rancangan Malaysia Keenam (1991-1995) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000).Tempoh pelaksanaan RRJP2 berakhir pada tahun 2000.

Pada April 2001,Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) pada Malaysia Kelapan (2001-2005) dan rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010).Usaha negara untuk mencapai wawasan 2020 yang dimulakan pada tahun 1991 dan Kerajaan dan memperkenalkan Dasar Wawasan Negara.

RRJP3 memberi tumpuan kepada beberapa teras dan dasar yang strategik:

     1.Membina Bangsa yang berdaya tahan
     2.Menggalakkan Perwujudan Masyarakat yang saksama
     3.Mengekalkan pertumbuhan ekonomi
     4.Menghadapi persaingan antarabangsa
     5.Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuaan
     6.Memperkukuhkan pembangunan sumber manusia
     7.Meneruskan Pembangunan Alam Sekitar yang mampan

RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) telah dilancarkan di bawah suatu perancangan pelaburan sektor awam yang bersepadu.Matlamatnya adalah untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi penekanan kepada sektor luar bandar.DUA agensi kerajaan,iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Negara dan Luar Bandar pada tahun 1956.

RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)

Rancangan Malaya Kedua dilancarkan dengan beberapa kemajuaan.Pertama, rancangan ini disediakan dan jawatankuasa antara jabatan dengan bantuan sebuah urusetia ekonomi dan pakar perunding Bank Dunia.
Kedua,Rancangan ini menggunakan dua kaedah, iaitu peracangan dari atas ke bawah dan perancangan dari bawah ke atas.
Ketiga,kajian menyeluruh dilaksanakan ke atas perkembangan ekonomi negara bagi beberapa tahun seterusnya.

RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)


Memberi tumpuan kepada tenaga manusia dan program keatas setiap sektor ekonomi.RMP juga memberi penekanan ke atas integrase antara penduduk di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.Seterusnya, kerajaan menubuhkan beberapa agensi iaitu Lembaga Kerajaan Perindustriaan Malaysia(MIDA) ,Majlis Amanah Rakyat (MARA), Bank Bumiputera,Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dan Lembaga Penasihat Tarif.Rancangan Malaysia Pertama memberikan kejayaan kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat dan mantap.

RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)

Rancangan Malaysia Kedua dilancarkan untuk mengatasi sosioekonomi yang tidak seimbang antara kumpulan etnik dengan kawasan-kawasan.Dasar Ekonomi Baru(DEB) dilancarkan untuk membasmi kemiskinan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia dengan tujuan memulih ekonomi yang tidak seimbang serta menghapus pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.Kerajaan memberi tumpuan kepada sektor awam,terutama dalam bidang perdagangan dan perindustrian.Petroleum Nasional Berhad(PETRONAS) ditubuhkan pada tahun 1974.Dalam tempoh RMK2,Keluaran Dalam Negeri Kasar(KPDNK) telah bertambah 7.4% berpunca daripada sektor yang berikut

(a)pertanian-25%
(b)pembuatan(19.3%)
(c)perdagangan(14.4%)
(d)perkhidmatan(10.15%)

RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang melayu.Namun begitu,RMP dilihat kurang Berjaya mengatasi isu kemiskinan ini,sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang melayu di dalam ekonomi.Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)

Rancangan Malaysia Ketiga dilancarkan dengan memperkenalkan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama(1971-1990).RMK3 ini merupakan peringkat kedua pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru(DEB).Pembangunan sektor pertanian dan perindustrian terus digiatkan bagi mendapatkan pendapatan,produktiviti dan peluang pekerjaan.

Mengikut Malaysia Kita(2014),dalam tempoh pelaksanaan DEB,ekonomi Malaysia berkembang pada keluaran KDNK dengan kadar purata 7.8% walaupun sasaran yang ditetapkan adalah sebanyak 8% setahun.RMK3 masih memberi tumpuan kepada bidang pertanian yang dilihat sebagai salah satu cara untuk merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan penduduk bandar.Rancangan ini menyaksikan pembukaan bandar baru dan pembangunan tanah dipergiatkan antaranya KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.

Bandar-bandar baru ini dibina menjelang akhir tempoh RMK3 iaitu 1980 dan pada masa itu terdapat sebanyak 28 buah bandar baru di kawasan rancangan pembangunan tanah.RMK3 berjaya meningkatkan kadar perkembangan ekonomi kepada 8.6% setahun.Keluaran dalam negara kasar(KDNK) juga telah meningkat daripada RM 12.308 billion pada tahun 1970 kepada RM26.88 bilion pada 1980.Kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 5.3%.Penyertaan bumiputera dalam bidang pengurusan teknikal dan kemahiran telah bertambah.Kadar kemiskinan jatuh kepada 29.2% dengan kadar kemiskinan luar bandar jatuh kepada 38% 

RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)

Rancangan Malaysia Keempat dilancarkan ketika suasana ekonomi negara dan dunia dilanda kemelesetan.Malaysia mengalami kemerosotan dalam pembayaran gaji,kejatuhan harga dan penurunan pendapatan eksport dalam sektor komoditi,kelembapan sektor swasta dan kadar pengangguran yang semakin meningkat.Kerajaan mewujudkan dasar dan strategi baharu seperti mengadakan sistem mini estet pertanian,koperasi dan strategi pembangunan luar bandar.Program yang diperkenalkan ini sejajar dengan Dasar Pertanian Negara dan Dasar Halacara Baru bagi membangunkan kawasan kampung dan luar bandar. 

Berdasarkan data yang diperoleh daripada Malaysia Kita(2014),keluaran KDNK berkembang pada kadar purata 5.8%.Namun begitu,kadar ini lebih merosot kerana berlaku kelembapan ekonomi dalam sektor pembuatan dan perlombongan.Pertanian diberi tumpuan untuk meningkatkan lagi daya pengeluarannya.Dasar Pertanian Negara(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1984 bermatlamat memaksimumkan pendapatan daripada pertanian dan mempergiatkan semula sumbangan sektor itu kepada pembangunan ekonomi negara keseluruhannya.

Rancangan-rancangan DPN meliputi pembukaan tanah-tanah baru ,pemulihan serta penyatuan kebun-kebun kecil,penanaman semula,pembangunan pertanian secara bersepadu dan pembinaan kemudahan pengairan.

RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)


Rancangan Malaysia Kelima dilancarkan dalam kedudukan ekonomi yang masih meleset.Pelaksanaan rancangannya berasaskan pertumbuhan yang lebih rendah.Teras pembangunan RMK5 ini ialah perpaduan negara dan mencapai objektif(DEB).Peranan RMK5 ialah meningkatkan sektor swasta menersi kelonggaran peraturan dan kawalan dari segi hak milik syarikat perlesenan dan kegiatan ekonomi. RMK5 ini menggiatkan semula sektor pertanian dengan melonggarkan syarat-syarat penggunaan tanah, penanaman padi secara lading. Penggunaan tanah lombong bagi aktiviti pertanian dan mengusahakan tanah terbiar dengan ,mengusahakan dengan tanaman yang sesuai. 

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM (1991-1995)

Dibentangkan di Parlimen pada 10 Julai 1991 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang merangkumi Dasar Pembangunan Negara . Cabaran RMK6 adalah untuk mengekalkan proses pertumbuhan yang dinikmati oleh negara selepas kemelesetan ekonomi .

Antara strategi bagi mencapai RMK6 adalah seperti meningkatkan daya kecekapan dan daya saing ekonomi . Selain itu , menggalakkan sektor swasta supaya memainkan peranan utama dalam pembangunan , mengurangkan penglibatan sektor awam dan menjamin pertumbuhan ekonomi stabil . Seterusnya ialah mengekalkan dasar yang bebas dan longgar bagi iklim pelaburan yang baik , memajukan program pembangunan industri dan pembangunan teknologi canggih bagi meningkatkan produktiviti bermutu tinggi serta mengukuhkan pasaran modal dan kewangan bagi meninngkatkan tabungan negeri .

 Teras utama RMK6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang . Penekanan kepada ‘pembangunan seimbangan’ adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa sungguhpun terdapat kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang luas .  

RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (1996-2000)

Rancangan Malaysia Ketujuh masih berlandaskan konsep pembangunan seimbang dengan mengandungi strategi – strategi baharu yang menjadi peralihan daripada strategi pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan untuk pertumbuhan produktiviti . Strategi lain ialah peralihan kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industri – industri Malaysia . Strategi seterusnya ialah memperluaskan dan memperkaya asas sains dan teknologi .

Tumpuan dan penekanan diberikan kepada sektor swasta yang menunjukkan prestasi dan pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negara . Hasrat dan aspirasi Kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dan pelaksanaan projek – projek pembangunan negara .

 RMK7 juga menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah bidang latihan dan pendidikan . Rancangan ekonomi terjejas akibat krisis kewangan yang bermula pada Julai 1997 dan kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mempastikan ekonomi negara , juga kestabilan negara tidak terus terjejas seperti penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7Julai 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) pada 23Julai 1998 .   

RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN ( 2001 – 2005 )

Merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang meliputi tempoh 2001 – 2010 . Ekonomi Malaysia menghadapi cabaran yang besar kesan peningkatan globalisasi , liberalisasi dan kemajuan pesat dalam teknologi terutamanya Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam tempoh RMK8 tersebut .

 Dasar dan strategi RMK8 ialah memberikan tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mampan dengan berdaya tahan . Tumpuan utama adalah pada inisiatif sektor swasta dan sektor awam bagi menyediakan rangka dasar yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti .

 Teras pembangunan Rancangan Malaysia Kelapan ialah pengekalan kestabilan ekonomi makro , pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat serta pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti .

Seterusnya ialah peningkatan daya saing sektor utama , perluasan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi , peningkatan pembangunan sumber manusia , pencapaian pembangunan mampan dan juga peningkatan kualiti hidup . Di samping itu ialah penanganan isu social dan yang terakhir ialah pengukuhan nilai moral dan etika .

RMK8 turut memperkenalkan Dasar Wawasan Negara (DWN) yang menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang lepas , iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembanguna Nasional (DPN) dengan objektif utama untuk mencapai perpaduan nasional . 

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010)

     Rancangan Malaysia Kesembilan merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006 – 2010 dan telah diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama sejak Wawasan 2020 diumumkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad .

RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara kearah kemakmuran  walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan krisis kewangan dan kenaikan harga minyak .

Rancangan Malaysia Kesembilan ini mempunyai lima teras utama iaitu meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi , meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama . Selain itu , meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup di samping mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan . Dan yang terakhir ialah menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif .    

RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH (2011-2015)

Rancangan Malaysia kesembilan (RMK10) disediakan dengan mencartakan perjalanan pembanguan Negara kearah mencapai wawasan 2020.
Negara memerlukan model ekonomi yang baharu untuk terus maju dan menyertai kumpulan Negara berpendapatan tinggi.  idea utama RMK10 adalah seperti yang berikut:

·       Ekonomi dipacu oleh factor dalam negeri di samping mengambil ira persekitaran luar Negara
·       Memanfaatkan kepelbagaian etnik untu mencapa kejayaan di arena antarabangsa
·       Transformasi kea rah Negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan
·       Menjayakan pertumbuhan yang diterajui oleh produktiviti dan inovasi
·       Memupuk,menarik dan mengekalkan modal insan yang cemerlang
·       Memastian peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas
·       Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif
·       Menyokong khazanah alam sekitar
·       Menghargai khazanah alam sekitar
·       Kerjaan umpama syarikat yang berdaya saing
Sektor awam perlu ditranformasikan supaya dapat betindak balas secara berkesan kepada persekitaran global yag pesat berubah. Reformasi sektor awam akan berorentasikan pelanggan dengan sistem penyampaian dan hubungan ditambah baik dan tertumpu kepada rakyat dan perniagaan.

Kerajaan akan memberi tumpuan kepada peranan sebagai pemudah cara dalam menyediakan persekitaran yang sesuai untuk sektor swasta melalui dasar dan peaturan yang efektif. Selain itu, peralihan dalam perbelanjaan sector awam daripada infrastruktur fizika kepada bukan fizikal terutamanya dalam program peningkatan kemahiran R&D, pembiayaan modal teroka dan memboleh inovasi yang lain.

RANCANGAN MALAYSIA KESEBELAS (2016-2020)


Rancangan  Malaysia kesebelas telah dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri ,Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak di parlimen pada 21 Mei 2015.RMK11 amat penting kerana dilihat menjadi transformasi terakhir dalam matlamat untuk menjadi Malaysia sebagai sebuah Negara yang maju dan berpendatan tinggi menjelang 2020.
Di bawah Transformasi Nasional ,enam program telah dirancang dan akan di laksanakan :
·        Program Transformasi Kerajaan
·        Program Transformasi Ekonomi
·        Program Transformasi Politik
·        Program Transformasi Komuniti
·        Program Transformasi Sosial
·        Program Transformasi Fiskal




Pertama
Nilai KDNK,sebanyak RM71.1 pada tahun 1970 telah meningkat kepada RM 1.1 trillion pada tahun 2014.Malaysia Berjaya mencatat purata kadar 6.2 peratus pada tahun sejak lima dekad lalu.
Kedua
Sruktur ekonomi beralih sebuah negara dominan sector pertanian,sumbangan31.8 peratus kepada sebuah negara berasaskan pembuatan dan perkhidmatan pada kadar 76.5 peratus.
Ketiga
Pendapatan bulanan purata isi rumah juga meningkat 20 kali ganda.
Keempat
76.1 peratus daripada isi rumah sudah memiliki kediaman.Bagi isi rumah miskin pula,75.3 peratus Berjaya mempunyai rumah sendiri.
Kelima
Sehingga kini,95.1 peratus daripada penduduk di seluruh Negara mendapat akses bekalan air bersih dan 97.6 peratus pula mendapat bekalan elektrik.
Keenam
Pada tahun 1970 hanya 75 peratus penduduk yang boleh membaca dan menulis tetapi hari ini kadar literasi telah meningkat kepada 98 peratus.
Ketujuh
Sebanyak 27 peratus daripada tenaga buruh kini mempunyani pendidikan tertiar, iaitu meningkat empat kali ganda berbanding dengan enam peratus pada tahun 1980 ketika penghujung Rancangan Malaysia Ke-3 (RMK3)
Kelapan
Kadar pengganguran telah menurun daripada 7.4 peratus pada tahun 1970 kepada hanya 2.9 peratus pada tahun 2011
Kesembilan
Hak milik ekuiti bumiputera dalam setor korporat meningkat sebanyak 10 kali ganda iaitu daripada 2.4 peratus pada tahun 1970 kpada 23.5 peratus pada tahun 2011
Kesepuluh
Kadar kemiskinan bekurang daripada 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada hanya 0.6 peratus pada tahun 2014


RANCANGAN DAN VISI PEMBANGUNAN

              Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini adalah kesan peninggalan zaman pemerintahan British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama (1956-1960). Selepas itu, Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dilaksanakan. Setelah penubuhan Malaysia pada 1963,Rancangan Malaya ditukarkan dengan Rancangan Malaysia Pertama(1966-1970).
              Beberapa rancangan pembangunan negara telah berjaya dibuat adalah bertujuan   untuk mengatasi segala masalah sosioekonomi dan politik negara yang telah dihadapi oleh masyarakat Tanah Melayu kesan teruk daripada peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini. Sejak merdeka, sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan.
             Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan, pendapatan negara kita adalah rendah dan kadar kemiskinan rakyat adalah sangat tinggi. Tetapi dengan dasar-dasar dan perancangan yang diperkenalkan oleh kerajaan telah mengubah nasib negara kita dari kurang maju ke negara maju di mata dunia.



RANCANGAN PEMBANGUNAN EKONOMI
             
               Kerajaan bertanggungjawab menurunkan kadar kemiskinan dalam kalangan orang Melayu dan menyeimbangkan pembangunan ekonomi di bandar dan luar bandar, di samping menjaga keselamatan negara. Dasar dan strategi pembangunan negara selepas merdeka ialah menghasilkan menghasilkan pembangunan yang seimbang dalam semua sektor ekonomi supaya perpaduan kaum dan kestabilan politik dapat diwujudkan. Kerajaan perlu mengekalkan dan mempertingkatkan kemajuan negara dan perkembangan ekonomi sebagai suatu tanggungjawab  yang berterusan.

             Rancangan pembangunan negara terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu perancangan pramerdeka, perancangan selepas merdeka dan perancangan era Dasar Ekonomi Baru(DEB).

1.      Perancangan peringkat pertama (zaman pramerdeka) meliputi Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah Melayu (1950-1955) dan sebahagian daripada Rancanangan Malaya Pertama(1950-1960).
2.      Peringkat kedua, iaitu perancangan selepas merdeka meliputi Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan sebahagian Rancangan Malaysia pertama (1960-1970), iaitu selepas Malaysia ditubuhkan.
3.      Peringkat ketiga , iaitu Rancangan Pembangunan Negara meliputi perancangan dalam era Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu Rancangan Malaysia kelima        (1986-1990).



PENGENALAN PEMBANGUNAN NEGARA

              Pembangunan merupakan satu proses yang sangat penting dalam sesebuah negara bagi membolehkan negara tersebut mencapai kemajuan dari pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan sebagainya. Selain itu, perubahan ini juga merujuk kepada aspek fizikal dan kebendaan. Pembangunan akan berubah dari masa ke semasa dengan begitu cepat dan pesat mengikut peredaran zaman.

               Pada hari ini, rakyat Malaysia dapat menikmati kesejahteraan hidup adalah hasil daripada pendekatan pembangunan negara yang dirancang sejak kemerdekaan dicapai.Secara keseluruhannya, pembangunan ekonomi yang seimbang menjadi matlamat utama dalam pengubahan dasar pembangunan ekonomi negara.

            Pembangunan yang pesat ini biasanya lebih kerap berlaku di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Georgetown. Matlamat utama pembangunan negara digubal ialah supaya rakyat mendapat faedah dan bersama-sama menikmati hasil pembangunan. Tambahan adalah untuk memberi peluang pekerjaan,kemudahan dan manfaat kepada tahap sosio ekonomi masyarakat setempat.